Powered By Blogger

Tuesday, March 8, 2011

apa yg boleh aq katakan..(dari blog org laen)..cuba coment sikit..

Hows your life? I bet yang yours is way much better than mine. Kan? Well, sekarang ni adalah pukul 1:57 pagi. Aku suka angka 1:57. Aku pun tak tahu lah kenapa. Mungkin sebab dulu-dulu aku selalu tunggu pukul dua pagi untuk tonton movie kehidupan kat Hallmark Channel (Sekarang ni Diva). Kat luar hujan renyai-renyai. Walaupun tak ada bau hujan, malam ni aku still rasa tenang, relax dan nyaman. My fav atmosphere.

Okay fine lets stop this crap dan terus direct to the point.Kali ni, aku nak cakap sikit kenapa orang selalu kata yang;



Islam agama kolot.
Penganut Islam kebanyakkannya berfikiran sempit dan jumud

Actually, ini adalah entri pertama dan mungkin akan ada entri susulan pasal isu ni. Dan entri ni bukan entri antara agama Islam dan agama lain. Ini adalah entri lebih kepada perihal Islam sesama Islam yang menuduh masing-masing berfikiran kolot, jumud dan sempit. The issue is, why ada sebilangan ustaz / orang di katakan kolot, dan sebilangan ustaz / orang dikatakan berfikiran terbuka. Dan tak terkecuali kenapa ada dikatakan seseorang itu mengamalkan Islam radikal hanya bila dia berfikiran secara lebih terbuka.

1. Sebilangan Orang Islam Suka Cari Kesalahan Untuk Menghukum.



Ini adalah point pertama yang aku perasan sejak aku memijak alam dewasa (Ceh ceh). Okay fine ini adalah benda pertama yang aku perasan pasal sebilangan orang Islam di Malaysia ketika aku di tingkatan 3 (mungkin), which is kebanyakkan orang terutama pelajar sekolah agama / penuntut sekolah agama / belajar agama tinggi-tinggi suka mencari kesalahan orang lain lebih-lebih lagi terhadap seseorang yang tak pernah belajar di sekolah agama (Kebangsaan). Contohnya, masa aku nak cari bahan untuk entri-entri yang lepas, aku ada terjumpa bab Polis Cinta di blog Saifulislam. Entry polis cinta ni adalah berkenaan dengan sebilangan orang yang memang anti dengan orang yang bercouple. Bila diaorang jumpa orang yang bercinta, mereka akan hembus semua ayat maki kat orang yang bercinta tu, dan bukannya nya cuba untuk membawa seseorang tu balik ke pangkal jalan dengan cara yang baik. Antara benda-benda yang di tulis oleh SI pasal Polis Cinta ini adalah;


“Ingat neraka! Kau tak takut neraka ke?” sms seorang siswi kepada teman sekuliahnya.


“Haram! Haram! Bercouple itu haram!” bentak seorang yang lain.


Ada sekumpulan warga kampus yang kerjanya adalah menyerang orang bercinta. Serangan mulut, serangan kasut, serangan sms, serangan surat layang! Mereka pantang melihat orang bercinta dan bercouple. Tersirap darah dan berasap telinga setiap kali sampai ke pengetahuan mereka bila ada kenalan yang bercinta.


Namun keghairahan pasukan POLIS CINTA yang begitu emosional menyerang warga sekitarnya hingga kelihatan bagai ada yang tidak kena, sungguh menghairankan. Semenjak saya menulis dua tiga artikel tentang keburukan pergaulan bebas dan bercinta tanpa asas Taqwa, saya menerima begitu banyak email daripada POLIS CINTA yang meluahkan rasa muak dan bencinya mereka kepada orang-orang yang bercouple di kampus. Saya cuba untuk tidak berprasangka, tetapi bahasa-bahasa kesumat itu menimbulkan keraguan di hati saya tentang motif mereka menyerang cinta.


Okay fine korang tak dapat point yang aku cuba utarakan. So, aku sertakan video sekali. Video ni dalam bahasa English. tapi bahasa dia adalah mudah. Accent / slang dia alam amat mudah untuk di fahami. So, SILA TONTON VIDEO ini untuk faham point yang aku nak tujukan. Dengan kata lain, korang tengok je video ni, confirm korang akan faham apa benda yang aku nak cakapkan. Kalau tenet korang slow pun, tunggu je. Wajib tonton.



Sebab tu lah, kalau aku nak tanya pasal sesuatu pendapat, aku tak suka tanya kat ustaz yang 'terlampau' tinggi agama. Sebab mereka suka mencarit kesalahan. Itu haram. Ini haram. Semuanya haram.

Aku bukan sahaja bercakap pasla polis cinta. Aku cakap pasal semua benda. Contohnya, andai kata seseorang itu agak berpelajaran tinggi dalam agama, ada sebilangan mereka yang cukup membenci perempuan yang freehair. Asal nampak je, mesti rasa nak maki. Kalau boleh, mereka memang tak nak kawan dengan orang yang freehair. Yes,bertudung itu wajib. Aku punya taste pun sukakan girl yang bertudung. But, who are we nak pandang hina kat orang yang lain? Adakah yang freehair itu akan sure masuk neraka? Adakah anda yang bertudung litup sure masuk syurga kerana anda baik? Apa difinisi baik sebenarnya?

2. Kau Tak Pernah Masuk Sekolah Agama (Kau Tak Ada Kelayakkan Dalam Agama), So, Kau Tak Payah Ah Cakap Bab Agama. 



Kes ni pernah terjadi kat aku dulu. Dan kalau tak silap aku, yang sound aku adalah seorang yang agak tinggi pelajarannya dalam agama Islam. Isunya, aku pernah menulis pasal Alcohol yang sebenarnya boleh dibawa masuk dalam solat. Di entry tu, aku cakap lah yang Alcohol dan arak bukan benda yang sama. Then aku nyatakan lah hujah aku blah blah blah. Tiba-tiba, ada datang mamat sound contohnya macam


"Assalamuaikum saudara. Bla bla bla dah di nyatakan bahawa alcohol itu haram bla-bla bla. Kenapa perlu menghalal kan benda yang dah haram? Lagi-lagi yang dah dijelas kan kepada kita. Jangan lah kupas isu yang saudara tak pandai bla-bla bla. Tinggi sangat ke pangkat tu untuk memberi sesuatu hukum? Kalau kita tak tahu apa-apa baik kalau kita diam je. Orang macam kau memalukan orang Islam la.". 

Ini adalah contoh benda yang macam yang aku pernah terima dulu. Ni kira yang paling lembut dah. Yang lagi kasar ada je dalam ruangan-ruangan komen di entri-entri Freemason aku. Tu belum kira ada yang tanya direct "Apa sijil / kelayakan yang kau ada untuk bercakap pasal agama?". Pointnya, aku tak berapa suka dengar pendapat dari seseorang yang perasan dirinya bagus. Why? Sebab dia belajar lebih dari orang lain. So, bila dia lebih dari orang lain, dia akan merasakan yang dia tu suci sangat-sangat (Oh ini pun adalah dalam blog SaifulIslam.)

The issue is, blog adalah tempat share info. Kalau salah, perbetulkan lah. Dan yang pasal alcohol tu, ya, ianya boleh di bawa masuk ke dalam solat. Dah keluar dalam Majalah Al-Islam dua bulan lepas. So, gincu, perfume etc yang ada alcohol boleh di bawa masuk kedalam solat sebab arak dan alcohol adalah tidak serupa sama sekali. So, kalau nak bawak dalam solat, tak ada hal. Asalkan tak ada kandungan babi / benda haram.

Dan, kenapa seseorang tu perlukan sijil dan segala bagai untuk cakap bab agama? Bukannya aku sentuh bab yang cecah zat Allah. Lagi pun, banyak benda yang boleh settle kalau pakai otak logik. Ya tak semua benda boleh di pakai guna logik. Tapi, dalam dunia ni 98% benda berlaku (yang tak termasuk dalam perkara-perkara ghaib) boleh di terangkan dengan science. Why? Yes, sebab Allah is a scientist. Semua benda yang Allah buat, bergerak selari dengan science (Again, kecuali dengan perkara ghaib).

3. Niat membenarkan cara.




Masa kecil-kecil dulu, ustaz-ustaz selalu 'tipu' anak buahnya dengan mengatakan tipu sunat.

Contohnya;

Kalau tak solat, nanti muka jadi babi.
Jangan minum arak. Sebab arak tu adalah air kencing orang.

Most of budak-budak berpegang kepada dua benda di atas. Tapi, how if, one day akan datang seseorang kepada mereka dan berkata "Aku tak solat. Apasal aku tak jadi babi pun?" dan "Siapa kata arak tu air kencing? Arak tu kan dari anggur yang di peram.". Niat si ustaz memang baik untuk halang anak muridnya jadi minum arak dan tingglakan solat. Tapi caranya salah. Dan ini lah yang akan membentuk perilaku budak-budak bila dieorang dah besar.



4. Mengaitkan Sesuatu Bentuk Dengan Kalimah Allah / Mengaitkan Sesuatu Peristiwa Aneh


Bab ni, mungkin adalah yang paling sensitive. Korang tahu tak kenapa orang muslim selalu di mark sebagai berfikiran sempit? Well, ingat tak korang yang dulu-dulu kecoh seorang budak yang di telinganya ada bentuk seakan-akan kalimah Allah? Ingat tak korang yang dulu-dulu kecoh kat bulu kucing ada bentuk perkataan Allah? Ingat tak dulu kecoh ada gambar awan membentuk nama Allah? Ya, tapi kenapa nak kecoh. Awan tu ciptaan Allah. Bumi pun ciptaan Allah. Kenapa still nak cari-cari yang ada kalimah Allah je?



Gambar awan yang seakan membentuk kalimah Allah. Anda pun kecoh canangkan kat orang bukan Islam pasal ni.


Then skali orang bukan Islam tu kasi gambar ni (Gambar seakan Nabi Isa di salib). Korang nak jawab apa?




Adakah bentuk-bentuk awan menandakan kekuasaan? Kalau ada awan bentuk Jesus, ianya menandakan kekuasaan dan kebesaran Jesus?

Kalau awan ada bentuk-bentuk cendawan, adakah ianya menandakan kekuasaan dan kebesaran dR Rozmey?

Kalau awan tu tak ada bentuk, maksudnya ianya bukan kekuasaan Allah? Kenapa orang kita terlampau tabsub dengan benda-benda yang "Bentuk-Seakan" ini? 

Dan, bila seseorang itu mati berpuluh-puluh tahun, then bila di gali semula, di dapati yang structur badan orang tu masih cantik. Pooof. Terus orang tu di katakan sebagai wali Allah bla bla. Then ada lah pulak mamat dungu yang pergi sembah dan puja (Ini memang terjadi). Tak termasuk lagi yang puja untuk dapatkan nombor ekor. So, persoalannya, orang yang berabad-abad tertanam dalam kubur, then bila di gali, dia still dalam keadaan elok bermaksud dia adalah seorang yang harus di puja-puja dan confirm masuk syurga? Perlukah di masukkan dalam berita? Adakah bermaksud, kalau structur orang mati tu hancur selepas bertahun di tanam, bermaksud dia confirm masuk neraka dan hina di sisi Allah? Maybe some of them, memang Allah pelihara jasad dia. But most of the issue, mayat seseorang tu stay dalam ke adaan elok adalah di sebabkan sains. That is why banyak saint / paderi yang dah mati beribu-ribu tahun lalu, tapi still dalam keadaan elok. Again, yeah, ianya boleh di terangkan dari segi sains. So, aku agak tak setuju bila gunakan isu kejadian aneh then kaitkan dengan kebesaran Allah. Sebab dengan senang-senang je orang bukan Islam boleh pangkah kenyataan korang tu. 

Dan kalau korang minat Maher Zain, korang pernah nampak orang ni yang sedang mencari kebesaran Allah dan akhirnya dia jumpa.



Lihat clip di minit 1:55 hingga 2:15+.

Pointnya di sini, jangan lah terlalu kaitkan semua benda dengan semua benda yang lain. (Lebih-lebih lagi bab Freemason) Why? Why aku kata jangan? Sebab bila korang tunjuk je gambar-gambar pasal kalimah Allah tu, orang-orang dari agama lain akan gelakkan anda je (sama macam orang-orang agama lain tunjukkan bukti-bukti kewujudan Tuhan dieorang). Sebabnya, dengan mudah mereka akan tunjukkan yang tanda salib ada di mana-mana. Gambar-gambar kalimah Allah itu adalah based on bentuk. Contohnya bentuk awan.  Kadang-kadang, awan itu sememangnya awan. So, limitkan lah imaginasi kreatif anda.



Lagi tak boleh blah, bila pada binatang ada kalimah Allah = Kecoh, masuk berita. Ada ikan yang sisik ada kalimah Allah = Kecoh, masuk berita. Ada orang telinga ada bentuk kalimah Allah = Kecoh, masuk berita. Habis semua nak kecoh. Padahal itu semua imaginasi dari pandangan dan pemikiran je. Aku bukan nak korang ragu dengan Islam. Aku nak korang yakin tentang Islam bukan based on benda-benda imaginasi dan pelimikiran 'kreatif' macam ni. 

Kalau korang nak tengok sangat kebesaran Allah. Korang pergi ke luar rumah dan pandang ke langit. Segala benda yang anda lihat adalah kebesaran Allah. Tak pun, korang pergi kat depan cermin. Korang akan nampak antara ciptaan Allah yang paling agung (Which is you).


Dan lagi satu, korang jangan lah sampai aku bangkitkan betapa malunya aku dengan orang Islam yang semangat kecoh-kecoh kan keadaan sambil kata logo Croc menghina Allah. What a lame 'creative' imagination.

5. Freemason dan Illuminati



Ni bab yang aku paling malas nak ulas. Balik-balik, aku akan cakap benda sama which is; bullshit. Dan rata-rata, bila aku bangkang apa-apa article illuminati dan freemason, mesti akan ada yang suruh aku tengok video The Arrival kat YouTube. The Arrival is great. Korang nak tengok pun, tengok lah. Aku suka gila tengok (dulu) tapi bila masuk je bab Freemason, Illuminati dan Knight Templar, aku terus jadi malas nak tengok. It is super paranoid.

Kenapa orang Islam terlampau paranoid? Korang tahu tak apa tu paranoia? Paranoia adalah....




Paranoia is a psychological disorder characterized by delusions of persecutionor grandeur.


People with paranoia suffer from irrational fears that are not about a specific object, but about their surroundings or how they are perceived by their surroundings and cannot let go of things that happen to them.


People with paranoia have a decreased ability to function in normal life, when paranoia gets extremely bad it turns into a delusion of persecution and pretty much eliminates the ability to function in normal life.


Extreme paranoia is usually a symptom of a larger disorder, the most widely known is schizophrenia. Paranoia can sometimes occur in a major depression, because sometimes depressed people think the whole world is against them.
Nampak tak ayat last yang aku highlight kan tu? Dah la paranoid, overreact pulak tu. Aku pernah buat banyak entry yang tembak article-article Freemason seperti Kewujudan Malaysia,Lagu Justin Bieber / Lady Gaga bila di terbalikkan ada mesej dari Freemason, Kenapa aku tak percaya kat video akhir zaman dan lain-lain lagi. 

Freemason dan Illuminati memang wujud. Bukan takat dua tu je, ada berjuta-juga lagi organisasi lain. Tapi jangan la paranoid sangat. Dieorang tu bukannya hebat sangat pun. Markas buruk. Website huduh. Nama pun tak sedap. Ada hati nak tawan dunia. (Macam cerita karton budak 3 tahun. Sikit-sikit penjahat nak tawan dunia)

Dan yang terbaru, pasal Senibina Putrajaya yang ada kaitan dengan Freemason / Illuminati (Kalau nak tahu, google. Benda ni dah lama dah sebenarnya). Aku hairan lah dengan benda-benda macam ni. Mudah gila korang percaya. Dalam article tu, sibuk cakap agenda yahudi lah, apa lah. Then, masuk pulak bab Israel Zionis. Tapi, sejak bila pulak yahudi menapak kat vatican city? Vatican city tu kan dah macam markas Penganut Kristian. Kat sana, Pope memegang jawatan tertinngi. Boleh kata memang Kristian kat sana memang mewah dan kaya. Pengaruh Kristian di sana memang kuat gila. Korang boleh tengok church dia. Almost semua penduduk di sana penganut agama Kristian (katolik etc). Dah tu, nak pulak dieorang join organisasi Freemason yang anti Christ tu? Memang 'logik' ah. Kan?

So, pasal gambar-gambar senibina tu, dia punya senibina mungkin di buat oleh orang Kristian. Dan bukannya Freemasonshit. Aku cakap, mungkin. Lagi pun, lawa kan seni bina tu. Peduli apa aku sama dengan bangunan orang lain. Bukannya korang pergi kat bangunan tu dan sembah tuhan lain yang pelik-pelik. Oh oh, church yang di tukar ke masjid tak ada pun orang nak bising-bising. Apahal?

Dalam apa pun keadaan, korang akan nampak apa yang korang nak lihat. Kalau korang set kat minda untuk nampak benda-benda yang ada kaitan dengan Freemason dan Illuminati, korang sure akan nampak. Contohnya, gambar di bawah.



Orang normal yang tak paranoid akan berkata yang ianya adalah gambar petak-petak grid.


Tapi kalau di beri kepada orang yang taksub dengan freemason, dieorang mesti akan kata "OMG! OMG! ADA LAMBANG ISRAEL!!!!. ISRAEL!!!! INI SEMUA AGENDA FREEMASON DAN ISRAEL!!!!".


Tak pun. "Oh OH!!!!!TU TUNGKAT SYAITAN. TUNGKAT TU KEPUNYAAN LUCIFER!!!! TAK PUN DAJJAL AL-MASIH!!!!. GAMBAR TU ADA AGENDA TERSEMBUNYI!!!!". Tu belum lagi bab salib ada di mana-mana. Kalau di ikutkan, meja aku pun ada bentuk salib. Atap rumah aku pun ada bentuk freemason.

Why semua benda ini berlaku? Sebab imaginasi. Sebab they see what they want to see.

Bila ada aku tembak article- article Illuminati dan Freemason, mesti akan ada orang kata "At least kita boleh berhati-hati dengan dieorang. Apa salahnya ambil yang jernih dan buang yang keruh dari article tu". The problem is HOW THE HELL KITA NAK TAHU MANA YANG KERUH DAN MANA YANG JERNIH? Berapa ramai di antara kita yang selidik dulu article di internet?

Most of benda yang ada di internet adalah mengarut. So, luaskan pemikiran anda. Jangan nak mark Colgate tu haram. Jangan nak kata air Yoes tu haram. Pakai seluar jeans tu haram. Pakai tudung macam paderi perempuan tu haram (that style of tudung is ugly btw). Habis semua anda nak jadikan haram. Dan jangan lah taksub dengan keris berdiri, sejadah berdiri dan apa-apa yang merapu. Jangan lah obsess dengan gambar awan yang membentuk sesuatu bentuk. Jangan lah obsess dengan ranting-ranting pokok yang membentuk sesuatu benda yang lain. Ianya adalah nothing.

No comments:

Post a Comment